Bagaimana membuat makanan tambahan kalsium kucing

Kucing outdoor memperolehi kalsium dengan memakan burung, tikus dan ayam atau ikan terbuang. Bagaimana dengan kucing indoor? Kalsium amat penting pada tubuh badan manusia, begitu juga pada si Comel. Seperti manusia, kurangnya kalsium pada si Comel membuatkan mereka sakit gigi, kuku yang rapuh serta tulang yang tidak sihat. Disamping pelbagai produk makanan tambahan (supplement) yang boleh kita dapati di kedai haiwan, tahukah anda kita juga boleh membuat sendiri makanan tambahan kalsium untuk si Comel?


Mudah sahaja sebab bahan utamanya ialah kulit telur.


Kulit telur mempunyai kalsium yang tinggi iaitu 95% kalsium karbonat, distabilkan oleh matriks protein. Tanpa protein, kulit atau cengkerang telur tidak akan mengeras. Lagi keras kulit telur, lagi tinggi kandungan kalsium seperti kulit telur angsa atau itik.

Cara mendapatkan kalsium dari kulit telur.


  1. Dapatkan telur seberapa banyak yang anda suka. Adalah lebih baik dapatkan telur organik.

  2. Cuci dan berus lembut telur (bukan kulit telur)

    Photobucket


  3. Pecahkan dan simpan isi telur. Cuci sekali lagi.

  4. Selepas cuci buat kali kedua, masukkan kulit telur ke dalam microwave oven atau ketuhar dengan menggunakan kuasa mikro suhu rendah selama 2 minit.

    Photobucket


  5. Tak ada ketuhar atau microwave oven?. Tak mengapa, biarkan kulit telur mengering dengan menjemurnya di bawah panahan cahaya matahari. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana boleh mengusahakan aktiviti ini di hujung minggu :) Dengan keadaan cuaca sekarang anda mungkin memerlukan sehingga seminggu untuk mengeringkan kulit telur tersebut.

  6. Selepas menggunakan suhu rendah, guna suhu normal dan masak kulit telur tersebut sehingga 5-6 minit dalam oven. Tujuannya ialah supaya kulit telur menjadi kering dan rapuh serta mudah dihancurkan.

  7. Hancurkan kulit telur yang telah kering dengan tumbuk atau mesin dalam blender. (Kalau tumbuk tu jangan la guna lesung pedas ye)

    Photobucket



  8. Tapis serbuk kulit telur supaya ia menjadi halus sehalusnya. Masa ni anda akan teringat 'Hari Raya' sebab bauan wangi kuih baulu akan menusuk hidung hehe.. (Amaran : Serbuk kulit telur yang tidak betul2 halus boleh melukakan mulut dan sistem penghadaman si Comel)

    Photobucket



  9. Siap! Simpan serbuk kalsium di dalam botol atau bekas dan labelkan untuk kegunaan yang berterusan.

Photobucket

    Sukatan untuk si Comel

    Anda hanya perlu taburkan secubit serbuk kalsium ke dalam makanan basah si Comel. Ratio makanan seimbang si Comel ialah 2:1. Bermaksud daging (phosphorus) mestilah dalam ratio 2 dan kalsium dalam ratio 1. Untuk sukatan yang lebih tepat, sila rujuk jadual berikut :
    Berat Daging Kalsium Kulit Telur
    100 grams 1/4 sudu kecil (teaspoon)
    200 grams 1/2 sudu kecil
    300 grams 2/3 sudu kecil
    400 grams 3/4 sudu kecil
    So, selamat mencuba! :) Tak lupa juga DC ucapkan terima kasih kepada saudara Bareen, sahabat dari Malaysia Timur yang pernah mengajar DC membuat supplement ini ketika mula2 join petfinder.
    Anda was2?.. (saya pun begitu pada awalnya) sebenarnya tips ini banyak terdapat di beberapa laman web. Pesanan saya, jangan beri kalsium berlebihan pada si Comel. Setiap yang berlebihan itu bukan ke mendatangkan kemudaratan? Amalkan lah kesederhanaan, itu yang dituntut dalam agama Islam :)
Photobucket
Source

Comments